Selasa, 18 Disember 2012

JENIS-JENIS KERTAS DINDING

KERTAS DINDING VINIL
Paling popular kerana tahan dari kesan tapak tangan, lembapan, kesan air, minyak dan boleh bertahan lama. Terdapat 3 jenis Vinil:-


VINIL LAPIK BELAKANG FABRIK:-

Lapisan vinil yang membolehkan diberus apabila dikehendaki dan tahan lasak. Bahan ini berat dan memerlukan bahan pelekat berasingan. Sesuai digunakan pada ruang dapur dan bilik air.

VINIL LAPIK BELAKANG KERTAS:-
Bahan ini ringgan, sedia dilekat, mudah dikopek dan boleh dilap. Kesan corak boleh dihasilkan dalam pelbagai rupa seperti corak granit, kesan tekstur cat dan kerja plaster. Ini boleh membantu menutupi masalah dinding tidak rata, dinding merekah, cat yang tidak sekata dan dinding yang berkulat.

VINIL LAPISAN KERTAS:-
Bahan ini tidak mahal dan tidak mempunyai daya tahan lasak seperti lapik belakang fabrik dan kertas. Mudah tertanggal dan mudah tercarik pada benda tajam dan mudah melekat pada benda kotor dan tidak boleh basah.

 KERTAS DINDING LAPIS ( FOIL )
Jenis ini berikan seperti cermin kerana lapisan (Foil) emas atau perak itu berkilat dan boleh membalikkan cahaya. Elak mengunakannya pada ruang yang banyak cahaya kerana dikhuatiri memberi kesan silau. Permukaan dinding hendaklah rata kerana kemasan ini memerlukan kerja yang kemas.
Terdapat pelbagai corak Kertas Dinding seperti batu-bata, kayu, yang sudah pastinya memberi corak



NS0128284-M


Tel :  012-9434100 / 013-6718113 / 017-3635263

Tiada ulasan: