Isnin, 27 Julai 2015

KABINET DAPUR

COUNTRY STYLE
Katalog sila klik: COUNTRY  STYLE


ENGLISH STYLE
Katalog sila klik: ENGLISH STYLE


CONTEMPORARY STYLE
Katalog sila klik: CONTEMPORARY STYLE



URBAN STYLE
Katalog sila klik: URBAN STYLE


LAIN-LAIN INFO:-

Kabinet dapur berkilat @ glossy

Kabinet dapur yang dipasang dengan pintu-pintu berkilat, high gloss atau glossy menjadi impian ramai pemilik rumah. Ia menawarkan gaya penampilan yang anggun, kemas, bersih dan sofistikated – pastinya menggamit setiap tetamu yang datang berkunjung ke rumah untuk bercakap mengenainya.
Ramai beranggapan pintu high gloss untuk kabinet dapur lebih mahal berbanding yang lain. Sebenarnya ia tidak semestinya begitu. Pintu-pintu high gloss atau glossy ini boleh didapati dalam pelbagai jenis bahan. Ada kemasan glossy dari bahan biasa seperti melamine dan bukannya hanya dari bahan yang lebih mahal seperti arkilik dan kaca.
Oleh itu, jika anda benar-benar berminat dengan pintu-pintu glossy untuk kabinet dapur anda tetapi merasakan bajet anda tidak begitu glossy, anda boleh minta pembuat perabot anda mencadangkan pilihan-pilihan yang ada sesuai dengan kemampuan dan keinginan anda. Sebagai panduan awal, berikut adalah antara bahan yang boleh anda pilih.

1.  Kaca
Secara semulajadi kaca memang mempunyai permukaan yang licin dan berkilat. Untuk menambah warna kepada kaca yang mahu dijadikan pintu kabinet, biasanya ia ditampal dengan sticker berwarna atau disembur dengan cat di bahagian belakangnya. Jadi tanya pembina kabinet anda yang mana satukah kaedah kaca pintu kabinet anda diwarnakan. Kelebihan kaca ialah, ia tidak akan pudar dan tidak mudah calar.

2.  Arkilik
Arkilik adalah panel berasaskan plastik dan berfungsi seperti kaca. Berbeza dengan pintu kaca yang biasanya memerlukan bingkai aluminium untuk dipasang, pintu-pintu arkilik adakalanya tidak dikemaskan dengan bingkai. Dengan permukaan sudut tepi yang dibulatkan, pintu-pintu arkilik yang berkilat dan tanpa bingkai ini kelihatan amat sofistikated.

3. Ply berlamina
Selain dua bahan di atas, satu lagi pilihan yang popular untuk mendapatkan kabinet dapur berketerampilan glossy adalah menggunakan permukaan ply dilamina. Panel-panel lamina dibuat dari bahan komposit sehingga menghasilkan produk yang berdaya tahan. Bergantung kepada warna yang anda pilih, panel lamina ini dilekapkan kepada papan pintu dan biasanya dibingkai dengan kemasan aluminium.

4.  Melamine Chipboard
Panel chipboard atau biasanya diperkenalkan sebagai panel melamine oleh para pembuat kabinet, merupakan panel yang paling banyak digunakan dalam pembinaan kabinet hari ini. Ia juga adalah yang paling murah di antara semua bahan yang ada. Jika anda memilih bahan ini, ia boleh dibingkai dengan aluminium atau boleh dikemaskan sisinya dengan ABS. Tetapi bingkai aluminium mungkin lebih “kena” dengan gaya glossy yang anda tampilkan.

5.  Kemasan Cat
Kemasan cat juga boleh menghasilkan penampilan yang glossy. Misalnya anda mungkin berminat dengan gaya Inggeris yang memerlukan pintu kabinet dapur anda diperbuat dari kayu yang kemasan akhirnya menggunakan semburan cat. Selain kayu, panel melamine chipboard juga boleh disembur cat bagi mendapatkan kesan glossy yang unik.
Baiklah. Sekarang anda tahu bahawa untuk mendapatkan pintu-pintu kabinet yang berkemasan kilat, anda ada pilihan yang boleh disesuaikan dengan bajet anda. Bagaimanapun selain dari perbezaan harga anda juga harus menerima perbezaan rupa kilatan yang ditampilkan oleh setiap bahan. Oleh kerana ia berasaskan bahan-bahan yang berlainan, maka hasil akhirnya tentulah hasil akhirnya tidak akan serupa. Sifat kilat atau glossynya tentulah berbeza-beza.
Selain itu setiap bahan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu fahamilah ciri-ciri setiap satunya supaya anda boleh membuat jangkaan yang terbaik bagi memaksimumkan nilai wang yang dibelanjakan.






NS0128284-M


Tel :  012-9434100 / 013-6718113 / 017-3635263

Tiada ulasan: