Penggunaan kertas dinding sebagai
kemasan dinding merupakan satu pilihan yang baik. Ia memberi corak, warna malah
tekstur yang tidak mampu diperolehi dengan penggunaan cat. Kerja pemasangannya
juga boleh dikatakan mudah dan cepat. Selain itu ia boleh ditanggal tanpa
merosakkan dinding asal.
Kertas dinding yang berkualiti mampu
bertahan antara tujuh hingga 10 tahun dan ia tidak mudah pudar. Ini menjadikan
ia satu pilihan yang juga berkesan dari segi kos.
Pemilihan kertas dinding perlu dibuat
dengan teliti khususnya supaya ia selaras dengan konsep dekorasi. Pemilihan
corak dan warna yang tepat pastinya memberi kepuasan. Jika anda kurang mahir
tentangnya kebanyakan kedai kertas dinding ada menyediakan khidmat nasihat yang
anda perlukan.
Dari aspek penjagaan, kertas dinding
harus bebas dari kelembapan yang tinggi. Jika terkena air, segera lap dan
keringkan betul-betul. Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama menyebabkan
kertas menjadi koyak atau lekang di samping menjadi comot dan hilang serinya.
Permasangan Kertas Dinding boleh juga
di lakukan sendiri tanpa memerlukan khidmat pakar. Hanya ia memerlukan
kesabaran dan sedikit daya kesenian dalam diri anda.
Berikut adalah cara memasangan kertas
dinding bagi mereka yang berminat DIY.( Do It Yourself)
PENYEDIAAN BARANG
KELENGKAPAN
Barang-barang yang perlu
disediakan:-
1) Gam yang sudah siap dibancuh.(
Cara-cara bancuhan gam ) mengikut banyaknya gulungn Kertas Dinding yang
perlu di pasang. 2) Pita Ukur 3) Kayu pembaris Timbang air dan
Pencil 4) Tangga untuk memasang bagi dinding
yang tinggi. 5) Baldi berisi air 6) Span untuk mengelap 7) Scrapper 8) Cutter untuk memotong 9) Roller untuk menyapu gam
Langkah 1
Dinding yang hendak di pasang kertas
Dinding haruslah rata dan licin. Sekiranya terdapat lubang atau dinding yang
tidak sekata maka haruslah di plaster dengan undercoat dulu. Bagi dinding yang
kadar kelembapannya tinggi atau dinding yang berdekatan dengan bilik air
haruslah disapu dengan "Wall Sealler" dulu bagi mengelakkan kertas
dinding rosak ( Berkulat)apabila sudah dipasang.
Langkah 2
Sapu gam di dinding dengan mengunakan roller. Bagi Pakar permasangan
mereka mengunakan mesin khas untuk menyapukan gam terus ke Kertas Dinding.
Langkah 3
Ukur Ketinggian dan lebar dinding
kemudian buat garisan di dinding menggunakan pembaris timbang air bagi
mengelakkan corak Kertas Dinding menjadi senget apabila sudah dipasang.Garisan
harus dibuat dibahagian tempat di mana kertas dinding Nombor 2 hendak dipasang.
Sila lihat contoh gambar.
i
Langkah 4 Buka pembalut Kertas Dinding dengan
berhati-hati dan potong mengikut saiz ketinggian dinding dan cantuman
bunga/corak.Harus diingat sekiranya tinggi dinding rumah anda 10 kaki,
Panjang Kertas dinding yang harus dipotong haruslah melebihi sedikit 10'
5" kerana kadang-kadang dinding rumah kebanyakkannya tidak selari
ketinggiannya.Selepas dipotong haruslah menulis NOMBOR dibelakang kertas
mengikut potongan kertas yang pertama hingga terakhir.
Langkah 5 Apabila dinding no : 2 sudah disapu
gam, maka anda harus mengambil kertas dinding nombor 2 dahulu dan di tampalkan
terus ke dinding.
Harus diratakan
kertas dinding dengan mengunakan scrapper bagi menolak keluar lebihan gam atau
angin semasa menampal Kertas Dinding tersebut.Sila lihat Gambar di atas
Kemudian
anda boleh potong lebihan kertas di atas, tepi dan dibawah mengikut lurus
siling dan lantai rumah anda.
Begitulah
seterusnya memasang kertas dinding Kiri dan kanan mengikut cara-cara yang di
sebut tadi dan jangan lupa harus mengikut cantuman corak atau bunga.
Langkah 6
Apabila proses menampal kertas dinding siap, gunakan span berair untuk
membersihkan gam yang tertinggal pada permukaannya.Bagi mengelakkan gam akan
kering dan berkerak diatas Kertas Dinding yang sudah siap dipasang nanti.
TERIMA KASIH
VIDEO PANDUAN MEMASANG KERTAS DINDING
Peralatan yang di gunakan sewaktu
memasang kertas dinding
Cara mengukur dan
memotong kertas dinding Ini adalah cara untuk memotong kertas
dinding yang bercorak bunga atau absrak.
Cara memasang kertas dinding
Ini adalah cara permasangan kertas dinding yang bercorak jalur. Amat mudah
kerana anda tidak perlu menyusun bunga. Jika kertas dinding anda bercorak bunga
atau abstrak harus diingatkan supaya mecantumkan kertas tersebut mengikut corak
bunga di tepi kiri dan kanan kertas tersebut.
NOTE:- Sekiranya terdapat gelembung (Bubble)
anda tidak perlu risau kerana iannya akan hilang selepas dua atau tiga hari.
Ini adalah disebabkan oleh gam di belakang Kertas Dinding tersebut belum kering lagi.
Sekiranya masih juga
terdapat gelembung hubungi kami dan kami pasti dapat memberi serba sedikit
khidmat nasihat dengan secara PERCUMA.