Isnin, 27 Julai 2015

TINTED CERMIN





Pasti anda semua tahu cuaca di Negara kita kat Malaysia ni.....amat panas...jadi elakkan haba yang mungkin membahayakan kita dan juga bahang panas terik...seelok2 nye pasanglah tinted di rumah anda. 

Kelebihan memasang Tinted Glass :-

- Menjimatkan kos eletrik
- Menyejukkan rumah dan anda boleh tidur dengan selesa.
- Mengelakkan fabrik langsir/ perabot cepat pudar atau luntur oleh sinaran UV.
- Mengelakkan silau.



sila klik:TINTED GLASS ( SEBUT HARGA)





NS0128284-M


Tel :  019-6838653 / 012-9434100 / 013-6718113 / 017-3635263

GRILL PINTU DAN TINGKAP

MEMPERINDAHKAN DAN MENIKMATI KEHIDUPAN YANG AMAN DAN TENTERAM DI KEDIAMAN ANDA DENGAN PINTU PAGAR MODEN DAN SEDERHANA DARI  
LOVESHINE CREATIONS 

Pagar besi rumah atau pagar depan rumah pada mulanya di buat hanya untuk melindungi rumah dari gangguan luaran disekeliling rumah. Seiring dengan perkembangan dunia sekarang, corak pintu pagar rumah  yang sederhana sekarang bentuknya lebih bergaya dan moden seiring dengan reka bentuk bangunan itu sendiri.
Pada zaman sekarang gaya bangunan yang sedang digemari adalah gaya bangunan klasik, penuh dengan elemen-elemen seperti patung dan ukiran-ukiran klasik ala Eropah, yunani ataupun roman. Sehingga bentuk pagar rumah sederhana dipenuhi dengan element-element klasik, lekukan melingkar dan bentuk bunga-bunga, bahan untuk membuatnya juga lebih banyak menggunakan material besi tempa.
Bentuk klasik seperti itu sudah mula ditinggal zaman untuk sekarang ini, tetapi bagi mereka yang memiliki selera tertentu masih menyukainya, kerana kesan megah dan ekslusif  pada pagar rumahnya tidak hilang di telan zaman.





Pintu Pagar Besi /Metal
Pagar besi metal banyak disukai kerana memiliki kesan sederhana dan moden, selain itu juga pagar rumah metal tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana rekabentuknya amat sederhana sekali.
Dari segi pembuatannya pagar bercorak sederhana ini agak senang membuatnya daripada pagar rumah klasik, dan harganya tidaklah semahal pintu pagar Besi Tempa/ wrought Iron





Pagar Besi Tempa/ Wrought Iron
Keunggulan pagar besi tempa atau wrought Iron ini  adalah rekabentuknya yang megah dan ekslusif, sekalipun bentuk bangunan rumahnya tidak klasik tetapi dengan permasangan pintu pagar Tempa ini ianya dapat membuatkan rekabentuk rumah/banguan kelihatan tampak lebih bergaya dan megah. Penggunaan pagar besi tempa ini biasanya digunakan untuk kediaman rumah yang memiliki keluasan yang besar.Pembuatan pagar besi tempa ini memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan berbanding dengan pintu pagar Besi/Metal kerana ianya memerlukan ketelitian dan kesabaran untuk menyiapkannya

Untuk melihat design SILA KLIK:-







NS0128284-M


Tel :  012-9434100 / 013-6718113 / 017-3635263

KABINET DAPUR

COUNTRY STYLE
Katalog sila klik: COUNTRY  STYLE


ENGLISH STYLE
Katalog sila klik: ENGLISH STYLE


CONTEMPORARY STYLE
Katalog sila klik: CONTEMPORARY STYLE



URBAN STYLE
Katalog sila klik: URBAN STYLE

LAIN-LAIN INFO:-
Kabinet dapur berkilat @ glossy
Kabinet dapur yang dipasang dengan pintu-pintu berkilat, high gloss atau glossy menjadi impian ramai pemilik rumah. Ia menawarkan gaya penampilan yang anggun, kemas, bersih dan sofistikated – pastinya menggamit setiap tetamu yang datang berkunjung ke rumah untuk bercakap mengenainya
Ramai beranggapan pintu high gloss untuk kabinet dapur lebih mahal berbanding yang lain. Sebenarnya ia tidak semestinya begitu. Pintu-pintu high gloss atau glossy ini boleh didapati dalam pelbagai jenis bahan. Ada kemasan glossy dari bahan biasa seperti melamine dan bukannya hanya dari bahan yang lebih mahal seperti arkilik dan kaca.
Oleh itu, jika anda benar-benar berminat dengan pintu-pintu glossy untuk kabinet dapur anda tetapi merasakan bajet anda tidak begitu glossy, anda boleh minta pembuat perabot anda mencadangkan pilihan-pilihan yang ada sesuai dengan kemampuan dan keinginan anda. Sebagai panduan awal, berikut adalah antara bahan yang boleh anda pilih.

1.  Kaca
Secara semulajadi kaca memang mempunyai permukaan yang licin dan berkilat. Untuk menambah warna kepada kaca yang mahu dijadikan pintu kabinet, biasanya ia ditampal dengan sticker berwarna atau disembur dengan cat di bahagian belakangnya. Jadi tanya pembina kabinet anda yang mana satukah kaedah kaca pintu kabinet anda diwarnakan. Kelebihan kaca ialah, ia tidak akan pudar dan tidak mudah calar.

2.  Arkilik
Arkilik adalah panel berasaskan plastik dan berfungsi seperti kaca. Berbeza dengan pintu kaca yang biasanya memerlukan bingkai aluminium untuk dipasang, pintu-pintu arkilik adakalanya tidak dikemaskan dengan bingkai. Dengan permukaan sudut tepi yang dibulatkan, pintu-pintu arkilik yang berkilat dan tanpa bingkai ini kelihatan amat sofistikated.

3. Ply berlamina
Selain dua bahan di atas, satu lagi pilihan yang popular untuk mendapatkan kabinet dapur berketerampilan glossy adalah menggunakan permukaan ply dilamina. Panel-panel lamina dibuat dari bahan komposit sehingga menghasilkan produk yang berdaya tahan. Bergantung kepada warna yang anda pilih, panel lamina ini dilekapkan kepada papan pintu dan biasanya dibingkai dengan kemasan aluminium.

4.  Melamine Chipboard
Panel chipboard atau biasanya diperkenalkan sebagai panel melamine oleh para pembuat kabinet, merupakan panel yang paling banyak digunakan dalam pembinaan kabinet hari ini. Ia juga adalah yang paling murah di antara semua bahan yang ada. Jika anda memilih bahan ini, ia boleh dibingkai dengan aluminium atau boleh dikemaskan sisinya dengan ABS. Tetapi bingkai aluminium mungkin lebih “kena” dengan gaya glossy yang anda tampilkan.

5.  Kemasan Cat
Kemasan cat juga boleh menghasilkan penampilan yang glossy. Misalnya anda mungkin berminat dengan gaya Inggeris yang memerlukan pintu kabinet dapur anda diperbuat dari kayu yang kemasan akhirnya menggunakan semburan cat. Selain kayu, panel melamine chipboard juga boleh disembur cat bagi mendapatkan kesan glossy yang unik.
Baiklah. Sekarang anda tahu bahawa untuk mendapatkan pintu-pintu kabinet yang berkemasan kilat, anda ada pilihan yang boleh disesuaikan dengan bajet anda. Bagaimanapun selain dari perbezaan harga anda juga harus menerima perbezaan rupa kilatan yang ditampilkan oleh setiap bahan. Oleh kerana ia berasaskan bahan-bahan yang berlainan, maka hasil akhirnya tentulah hasil akhirnya tidak akan serupa. Sifat kilat atau glossynya tentulah berbeza-beza.
Selain itu setiap bahan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu fahamilah ciri-ciri setiap satunya supaya anda boleh membuat jangkaan yang terbaik bagi memaksimumkan nilai wang yang dibelanjakan.







NS0128284-M


Tel :  012-9434100 / 013-6718113 / 017-3635263

BIDAI KAYU DALAM RUMAH





 

Tirai Tarik (Kayu) Dalam Rumah - Tirai melintang, ia diperbuat khas daripada kayu yang dipasang melintang. Boleh di tarik ke atas sekiranya hendak melihat pemandangan luar dan memerlukan spring atau sistem tali pintal berbiji untuk membuka dan menutup bidai. Stail ini biasanya digunakan di pejabat-pejabat dan di rumah.
 
TERDAPAT DALAM PELBAGAI WARNA :-

Natural,Tiger Eye, Pegon, Mahagony, Rose,Golden Oak, Teak, Snow White, Venge

Saiz lebar:
 1", 11/2" & 2"
Harga  :  
1inc /25mm  - RM 28.00 satu kaki persegi
11/2" /35mm -  RM 31.00 satu kaki persegi 
2"/ 50mm - RM 35.00 satu kaki persegi
Harga termasuk headrail dan permasangan PERCUMA

Tempahan Siap 14 hari waktu bekerja





NS0128284-M


Tel :  019- 6838653 / 012-9434100 / 013-6718113 / 017-3635263

BIDAI KAYU LUAR RUMAH



 




  Tirai Tarik (Kayu) - Luar Rumah

SESUAI DI PASANG DI LUAR RUMAH BAGI MENGELAKKAN SINARAN CAHAYA MATAHARI DAN TEMPIAS HUJAN.

Warna tersedia ada:-
CHERRY, ACASIA & TEAK


Saiz :

1/2" dan 1"
Ikatan Dawai 

Harga : RM 12.00 /kaki persegi 
Tempahan Siap 14 hari waktu bekerja




NS0128284-M


Tel : 019-6838653 /  012-9434100 / 013-6718113 / 017-3635263