Sabtu, 2 April 2011

CARA-CARA MEMASANG KERTAS DINDING

Penggunaan kertas dinding sebagai kemasan dinding merupakan satu pilihan yang baik. Ia memberi corak, warna malah tekstur yang tidak mampu diperolehi dengan penggunaan cat. Kerja pemasangannya juga boleh dikatakan mudah dan cepat. Selain itu ia boleh ditanggal tanpa merosakkan dinding asal.

Kertas dinding yang berkualiti mampu bertahan antara tujuh hingga 10 tahun dan ia tidak mudah pudar. Ini menjadikan ia satu pilihan yang juga berkesan dari segi kos.

Pemilihan kertas dinding perlu dibuat dengan teliti khususnya supaya ia selaras dengan konsep dekorasi. Pemilihan corak dan warna yang tepat pastinya memberi kepuasan. Jika anda kurang mahir tentangnya kebanyakan kedai kertas dinding ada menyediakan khidmat nasihat yang anda perlukan.

Dari aspek penjagaan, kertas dinding harus bebas dari kelembapan yang tinggi. Jika terkena air, segera lap dan keringkan betul-betul. Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama menyebabkan kertas menjadi koyak atau lekang di samping menjadi comot dan hilang serinya.

Permasangan Kertas Dinding boleh juga di lakukan sendiri tanpa memerlukan khidmat pakar. Hanya ia memerlukan kesabaran dan sedikit daya kesenian dalam diri anda.

Berikut adalah cara memasangan kertas dinding bagi mereka yang berminat
DIY.( Do It Yourself)

PENYEDIAAN BARANG KELENGKAPAN

Barang-barang yang perlu disediakan:-

1) Gam yang sudah siap dibancuh.( Cara-cara bancuhan gam ) mengikut
banyaknya gulungn Kertas Dinding yang perlu di pasang.
2) Pita Ukur
3) Kayu pembaris Timbang air dan Pencil
4) Tangga untuk memasang bagi dinding yang tinggi.
5) Baldi berisi air
6) Span untuk mengelap
7) Scrapper
8) Cutter untuk memotong
9) Roller untuk menyapu gam


Langkah 1







Dinding yang hendak di pasang kertas Dinding haruslah rata dan licin. Sekiranya terdapat lubang atau dinding yang tidak sekata maka haruslah di plaster dengan undercoat dulu. Bagi dinding yang kadar kelembapannya tinggi atau dinding yang berdekatan dengan bilik air haruslah disapu dengan "Wall Sealler" dulu bagi mengelakkan kertas dinding rosak ( Berkulat) apabila sudah dipasang.



Langkah 2
Sapu gam di dinding dengan mengunakan roller. Bagi Pakar permasangan mereka mengunakan mesin khas untuk menyapukan gam terus ke Kertas Dinding.

Langkah 3
Ukur Ketinggian dan lebar dinding kemudian buat garisan di dinding menggunakan pembaris timbang air bagi mengelakkan corak Kertas Dinding menjadi senget apabila sudah dipasang.Garisan harus dibuat dibahagian tempat di mana kertas dinding Nombor 2 hendak dipasang. Sila lihat contoh gambar.


 i


Langkah 4
Buka pembalut Kertas Dinding dengan berhati-hati dan potong mengikut saiz ketinggian dinding dan cantuman bunga/corak.Harus diingat sekiranya tinggi dinding rumah anda 10 kaki, Panjang Kertas dinding yang harus dipotong haruslah melebihi sedikit 10' 5" kerana kadang-kadang dinding rumah kebanyakkannya tidak selari ketinggiannya.Selepas dipotong haruslah menulis NOMBOR dibelakang kertas mengikut potongan kertas yang pertama hingga terakhir.





Langkah 5
Apabila dinding no : 2 sudah disapu gam, maka anda harus mengambil kertas dinding nombor 2 dahulu dan di tampalkan terus ke dinding.



Harus diratakan kertas dinding dengan mengunakan scrapper bagi menolak keluar lebihan gam atau angin semasa menampal Kertas Dinding tersebut.Sila lihat Gambar di atas


Kemudian anda boleh potong lebihan kertas di atas, tepi dan dibawah mengikut lurus siling dan lantai rumah anda.





Begitulah seterusnya memasang kertas dinding Kiri dan kanan mengikut cara-cara yang di sebut tadi dan jangan lupa harus mengikut cantuman corak atau bunga.

Langkah 6



Apabila proses menampal kertas dinding siap, gunakan span berair untuk membersihkan gam yang tertinggal pada permukaannya.Bagi mengelakkan gam akan kering dan berkerak diatas Kertas Dinding yang sudah siap dipasang nanti.


TERIMA KASIH



VIDEO PANDUAN MEMASANG KERTAS DINDING


Peralatan yang di gunakan sewaktu memasang kertas dinding








Cara mengukur dan memotong kertas dinding 
Ini adalah cara untuk memotong kertas dinding yang bercorak bunga atau absrak.






Cara memasang kertas dinding
Ini adalah cara permasangan kertas dinding yang bercorak jalur. Amat mudah kerana anda tidak perlu menyusun bunga. Jika kertas dinding anda bercorak bunga atau abstrak harus diingatkan supaya mecantumkan kertas tersebut mengikut corak bunga di tepi kiri dan kanan kertas tersebut.




NOTE:-
Sekiranya terdapat gelembung (Bubble) anda tidak perlu risau kerana iannya akan hilang selepas dua atau tiga hari. Ini adalah disebabkan oleh gam di belakang Kertas Dinding
tersebut belum kering lagi.


Sekiranya masih juga terdapat gelembung hubungi kami dan kami pasti dapat memberi serba sedikit khidmat nasihat dengan secara PERCUMA.






NS0128284-M



Tel : 019-6838653 /012-9434100 / 013-6630573


2 ulasan:

wallpaper printing berkata...

keren ulasan tentang pemasangan wallpaper nya komplit banget thanks gan uda dishare, bermanfaat sekali ilmunya bagi yang ingin memasang sendiri

NINA FARHANA berkata...

complicatednya cara pasang wallpaper. baruuu aja maw diy :p

http://ninafarhanawm.blogspot.my/2017/01/pengedar-sah-shaklee-salak-tinggi.html