LANGSIR PENYERI KEDIAMAN
MENGHIAS tingkap dengan langsir atau bidai memang
merumitkan.Tambahan pula tingkap pada masa kini tidak hanya berbentuk empat
segikerana semakin ramai pemilik rumah mahukan kelainan.Bentuk tingkap yang
lain agak sukar dihias. Berikut adalah beberapapanduan untuk memudahkan anda
menyerikan tingkap bersesuaian denganbentuknya.
* Kecil dan bulat.
Tingkap jenis ini begitu popular pada suatu masa dulu.
Tingkap bentuk
ini agak sukar dihiasi dengan langsir dan sesuai digantikan
dengan
kaca bercorak.
*Tingkat tinggi dan sempit.
Tingkap yang sempit tapi tinggi menegak biasanya diletakkan
di tepi
pintu. Ia membenarkan cahaya dari luar menyinari ruang itu.
Tetapi orang ramai yang lalu lalang mudah melihat ke dalam rumah. Bagi
mengelakmasalah itu, gantungkan bidai yang boleh ditinggikan dan direndahkan.
* Tingkap kaca yang terlalu besar.
Tingkap jenis ini biasa ditemui di pangsapuri atau
kondominium.
Selain berfungsi sebagai tingkap, ia adalah pintu untuk
keluar ke
beranda rumah. Saiznya yang besar, memerlukan kain langsir
yang banyakjika hendak menutup dengan langsir.
Lebih ideal jika menggunakan bidai yang tinggi menegak
serta bolehdibuka dan ditutup dengan hanya menarik talinya. Menggunakan bidai
jenis ini lebih menjimatkan dan tahan lama biarpun kerap terdedah dengan cahaya
matahari.Warna semula jadi lebih mudah disesuaikan dengan apa saja warna atau
jenis perabot.
* Tingkap kecil dan pendek.
Bagi tingkap ini, pemilihan langsir hendaklah jenis ringkas
tetapi
perlu labuh bagi menonjolkan suasana lebih lapang dan luas. Labuh
langsir sekurang-kurangnya satu jengkal dan jika boleh jangan ada ruangantara lantai dan langsir
perlu labuh bagi menonjolkan suasana lebih lapang dan luas. Labuh
langsir sekurang-kurangnya satu jengkal dan jika boleh jangan ada ruangantara lantai dan langsir
Tips Pemilihan Jenis Kain Untuk Langsir
Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya
berpadanan dengan jendela
Ada baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan
hiasan
dalaman rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapi
sekurang-kurangnya mewujudkan keseimbangan yang menawan.
Paling penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk
tingkap supayalangsir dan jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu
perlumengetahui bentuk tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.
Bentuk Tingkap:-
Tirai Tingkap Casement
Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan
pilihanlangsir. Tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya senibina.
Bentuktingkap yang lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh
dibuka ke luar atau ke dalam), tingkap sorong dan tingkap bay
(tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).
Tirai Pelmet Tingkap Sorong & Tingkap Bay
Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang
dijahit
ringkas tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir
lebih mudah bagi tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan
pelmet (papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh
dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas.
Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya secara
keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap,Pasangkan pelmet mengikut bentuk
tingkap.
Jenis Langsir:-
Rekaan langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara
tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk
seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh
digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda.
Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic,
pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan
potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.
Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk
rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini
kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.
Bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal
dan tahan.Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di
ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu ‘mewah’ dengan kedutan
sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka
potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.Rekaan langsir harus disesuaikan
dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk
potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur
kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan
tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.Bagi bilik
tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat
sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.
Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan
ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan
dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar
hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang
berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan
riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli
keseluruhan fabrik untuk langsir.
Jenis Fabrik:-
Lazimnya, fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100
peratus kapas atau campuran kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang
mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang
dijaga dan tahan lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik
scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
Tips lain :-
Apa yang penting kemampuan dan pengetahuan mengenai
berbagai fesyen langsir terbaru dipasaran. Untuk tujuan penjimatan belilah
langsir dari jenis fabrik yang mahal sedikit, sediakan sekurang-kurang dua set
langsir dirumah dan perlu kreatif jika ingin menggunakan semula kain langsir
lama.
Warna selamat adalah biru kerana ia bukan sekadar apa yang
kita lihat tapi warna itu menjadi simbol ketenangan. Merah, jingga dan kuning
pula memberi tenaga. Jika anda mempunyai anak yang agak lasak, disyorkan tidak
menggunakan kumpulan warna ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kanak-kanak
itu bertambah lasak. Sebaliknya gantikan dengan hijau dan biru lembut.
Untuk ruang makan, boleh gunakan warna merah kerana ia
mampu
membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Manakala pemilihan warna biru gelap, hitam dan kelabu pada ruang yang salah boleh menyebabkan tekanan
membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Manakala pemilihan warna biru gelap, hitam dan kelabu pada ruang yang salah boleh menyebabkan tekanan
Langsir memainkan peranan bagi melengkap konsep dekorasi
ruang dan pelindung cahaya matahari kepada penghuni kediaman.
Kemasan langsir digayakan mengikut tema atau konsep
penataan ruang kediaman.Konsep hiasan juga mengambil kira rekaan, warna dan
corak langsir pilihan.
Jika belum bercadang menukar langsir baru, anda masih boleh
menyerikan kemasan langsir dengan aksesori indah.Langsir boleh memberi impak besar dalam hiasan kediaman dan mampu mengubah bentuk tingkap.Bentuk asal tingkap boleh diperindahkan atau disembunyikan kecacatannya menggunakan langsir sesuai.
Langsir yang jatuh mengalun dari siling ke lantai di ruang bilik yang tinggi bertambah seri dengan ropol di bahagian atasnya.
menyerikan kemasan langsir dengan aksesori indah.Langsir boleh memberi impak besar dalam hiasan kediaman dan mampu mengubah bentuk tingkap.Bentuk asal tingkap boleh diperindahkan atau disembunyikan kecacatannya menggunakan langsir sesuai.
Langsir yang jatuh mengalun dari siling ke lantai di ruang bilik yang tinggi bertambah seri dengan ropol di bahagian atasnya.
Tingkap yang kecil atau sempit boleh diolah bagi
menampakkan keluasan lebih lebar dengan memasang langsir yang lebih besar.
Lakukan dengan menggantung langsir betul-betul di atas bidai tingkap dan membenarkan fabriknya diselak sehingga selebar saiz tingkap sebenar.Jika anda mempunyai lebih daripada satu tingkap berlainan saiz di dinding yang sama, pasang satu langsir untuk kedua-duanya.
Melaluinya anda boleh memanipulasi langsir berkenaan bagi menyembunyikan dua tingkap yang berbeza.Bagi tingkap yang berbentuk bulat di bahagian atasnya, pilihan terbaik adalah dengan membiarkan ia kosong tanpa langsir.
Kehadiran langsir perlu mengekalkan bentuk tingkap yang unik dan menambah seri visual keindahan kediaman anda.Selain langsir, bidai juga memberi alternatif yang menarik sebagai pelindung cahaya matahari dan jenis bidai yang dipilih mestilah bidai
gulung, bidai roman dan bidai bersisip menegak.
Lakukan dengan menggantung langsir betul-betul di atas bidai tingkap dan membenarkan fabriknya diselak sehingga selebar saiz tingkap sebenar.Jika anda mempunyai lebih daripada satu tingkap berlainan saiz di dinding yang sama, pasang satu langsir untuk kedua-duanya.
Melaluinya anda boleh memanipulasi langsir berkenaan bagi menyembunyikan dua tingkap yang berbeza.Bagi tingkap yang berbentuk bulat di bahagian atasnya, pilihan terbaik adalah dengan membiarkan ia kosong tanpa langsir.
Kehadiran langsir perlu mengekalkan bentuk tingkap yang unik dan menambah seri visual keindahan kediaman anda.Selain langsir, bidai juga memberi alternatif yang menarik sebagai pelindung cahaya matahari dan jenis bidai yang dipilih mestilah bidai
gulung, bidai roman dan bidai bersisip menegak.
Tip dan Panduan
Memilih Langsir
Pilihan langsir yang
tepat dan sesuaiadalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga
menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi
hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek
penting hiasan dalaman.
Berikut adalah
beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan
kehendak anda:
1. Tentukan anggaran
bajet dan belanja
Kain langsir datang
dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain
dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada
yang sehingga lebih
RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja.
Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan
anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan
panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan
belanja sebanyak
RM300?
2. Buat ukuran, dan
tentukan bentuk langsir
Ini satu aspek yang
penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang
anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain
langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat
tingkap atau pintu
gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi
(panjang x lebar)
tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada
pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda
membuat ukuran kain yang tepat.
3. Padankan corak dan
warna langsir dengan kediaman anda
Jika dahulu pilihan
corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban
hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang
lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan
ada yang gelap. Ada
corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan
pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan
pandangan keseluruhan rumah anda.
4. Pilih touch up
Kini juga, langsir
datang dengan pelbagai pilihan touch up.
Anda boleh membuat
ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan
sebagainya. Jika anda
ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak
jinak dengan seni
jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai
panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi
buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan
percuma. Pilih sahaja.
5. Beli perkakas
tambahan yang lain
Setelah langsir anda
siap dijahit, tugas
terakhir yang perlu
dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut.Pastikan perkakasan lain,
samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir
dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi.
Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang.
Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian
untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati
antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.
………………………………………………
INFO: Panduan Memilih Langsir
- Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.
- Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.
- Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.
- Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.
- Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap
4 ulasan:
salam
saya ingin memohon pandangan dari pihak Tuan/Puan...
Jika penghawa dingin saya dipasang lebih kurang 50cm dr atas tingkap bilik tidur saya...kedudukan langsir saya perlu berada di mana?adakah saya perlu untuk menutup aircond saya atau sebaliknta
Tips yg menarik & berguna. Tq ;)
Jika disertakan dgn foto bg menerangkan setiap info yg diberikan, akan lbh menarik dan mudah difahami. Wp demikian, terima kasih atas kongsian tips.
Jika disertakan dgn foto bg menerangkan setiap info yg diberikan, akan lbh menarik dan mudah difahami. Wp demikian, terima kasih atas kongsian tips.
Catat Ulasan