Isnin, 17 Disember 2012

PANDUAN MEMILIH LANGSIR

LANGSIR PENYERI KEDIAMAN


MENGHIAS tingkap dengan langsir atau bidai memang merumitkan.Tambahan pula tingkap pada masa kini tidak hanya berbentuk empat segikerana semakin ramai pemilik rumah mahukan kelainan.Bentuk tingkap yang lain agak sukar dihias. Berikut adalah beberapapanduan untuk memudahkan anda menyerikan tingkap bersesuaian denganbentuknya.


* Kecil dan bulat.

Tingkap jenis ini begitu popular pada suatu masa dulu. Tingkap bentuk
ini agak sukar dihiasi dengan langsir dan sesuai digantikan dengan
kaca bercorak.


*Tingkat tinggi dan sempit.
Tingkap yang sempit tapi tinggi menegak biasanya diletakkan di tepi
pintu. Ia membenarkan cahaya dari luar menyinari ruang itu. Tetapi orang ramai yang lalu lalang mudah melihat ke dalam rumah. Bagi mengelakmasalah itu, gantungkan bidai yang boleh ditinggikan dan direndahkan.

* Tingkap kaca yang terlalu besar.
Tingkap jenis ini biasa ditemui di pangsapuri atau kondominium.
Selain berfungsi sebagai tingkap, ia adalah pintu untuk keluar ke
beranda rumah. Saiznya yang besar, memerlukan kain langsir yang banyakjika hendak menutup dengan langsir.
Lebih ideal jika menggunakan bidai yang tinggi menegak serta bolehdibuka dan ditutup dengan hanya menarik talinya. Menggunakan bidai jenis ini lebih menjimatkan dan tahan lama biarpun kerap terdedah dengan cahaya matahari.Warna semula jadi lebih mudah disesuaikan dengan apa saja warna atau jenis perabot.

* Tingkap kecil dan pendek.
Bagi tingkap ini, pemilihan langsir hendaklah jenis ringkas tetapi
perlu labuh bagi menonjolkan suasana lebih lapang dan luas. Labuh
langsir sekurang-kurangnya satu jengkal dan jika boleh jangan ada ruangantara lantai dan langsir



Tips Pemilihan Jenis Kain Untuk Langsir
 Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya berpadanan dengan jendela
Ada baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan
dalaman rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapi
sekurang-kurangnya mewujudkan keseimbangan yang menawan.
Paling penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk tingkap supayalangsir dan jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu perlumengetahui bentuk tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.


Bentuk Tingkap:-

Tirai Tingkap Casement
Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihanlangsir. Tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya senibina. Bentuktingkap yang lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh dibuka ke luar atau ke dalam), tingkap sorong dan tingkap bay (tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).



Tirai Pelmet Tingkap Sorong & Tingkap Bay
Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang dijahit
ringkas tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir lebih mudah bagi tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan pelmet (papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas. Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya secara keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap,Pasangkan pelmet mengikut bentuk tingkap.
 

Jenis Langsir:-
Rekaan langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.
Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.


Bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan.Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu ‘mewah’ dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.Rekaan langsir harus disesuaikan dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.
Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.

Jenis Fabrik:-
Lazimnya, fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.

Tips lain :-
Apa yang penting kemampuan dan pengetahuan mengenai berbagai fesyen langsir terbaru dipasaran. Untuk tujuan penjimatan belilah langsir dari jenis fabrik yang mahal sedikit, sediakan sekurang-kurang dua set langsir dirumah dan perlu kreatif jika ingin menggunakan semula kain langsir lama.
Warna selamat adalah biru kerana ia bukan sekadar apa yang kita lihat tapi warna itu menjadi simbol ketenangan. Merah, jingga dan kuning pula memberi tenaga. Jika anda mempunyai anak yang agak lasak, disyorkan tidak menggunakan kumpulan warna ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kanak-kanak itu bertambah lasak. Sebaliknya gantikan dengan hijau dan biru lembut.
Untuk ruang makan, boleh gunakan warna merah kerana ia mampu
membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Manakala pemilihan warna biru gelap, hitam dan kelabu pada ruang yang salah boleh menyebabkan tekanan
Langsir memainkan peranan bagi melengkap konsep dekorasi ruang dan pelindung cahaya matahari kepada penghuni kediaman.
Kemasan langsir digayakan mengikut tema atau konsep penataan ruang kediaman.Konsep hiasan juga mengambil kira rekaan, warna dan corak langsir pilihan.
Jika belum bercadang menukar langsir baru, anda masih boleh
menyerikan kemasan langsir dengan aksesori indah.Langsir boleh memberi impak besar dalam hiasan kediaman dan mampu mengubah bentuk tingkap.Bentuk asal tingkap boleh diperindahkan atau disembunyikan kecacatannya menggunakan langsir sesuai.

Langsir yang jatuh mengalun dari siling ke lantai di ruang bilik yang tinggi bertambah seri dengan ropol di bahagian atasnya.
Tingkap yang kecil atau sempit boleh diolah bagi menampakkan keluasan lebih lebar dengan memasang langsir yang lebih besar.

Lakukan dengan menggantung langsir betul-betul di atas bidai tingkap dan membenarkan fabriknya diselak sehingga selebar saiz tingkap sebenar.Jika anda mempunyai lebih daripada satu tingkap berlainan saiz di dinding yang sama, pasang satu langsir untuk kedua-duanya.

Melaluinya anda boleh memanipulasi langsir berkenaan bagi menyembunyikan dua tingkap yang berbeza.Bagi tingkap yang berbentuk bulat di bahagian atasnya, pilihan terbaik adalah dengan membiarkan ia kosong tanpa langsir.

Kehadiran langsir perlu mengekalkan bentuk tingkap yang unik dan menambah seri visual keindahan kediaman anda.Selain langsir, bidai juga memberi alternatif yang menarik sebagai  pelindung cahaya matahari dan jenis bidai yang dipilih mestilah bidai
gulung, bidai roman dan bidai bersisip menegak.


Tip dan Panduan Memilih Langsir
Pilihan langsir yang tepat dan sesuaiadalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek
penting hiasan dalaman.
Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:

1. Tentukan anggaran bajet dan belanja

Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada
yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak
RM300?

2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat
tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi
(panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan
ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.
4. Pilih touch up
Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up.
Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan
sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak
jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.

5. Beli perkakas tambahan yang lain
Setelah langsir anda siap dijahit, tugas
terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut.Pastikan perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.
………………………………………………

INFO: Panduan Memilih Langsir
  • Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.
  • Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh  menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.
  • Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.
  • Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.
  • Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa  sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi  (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap





NS0128284-M


tel: 019-6838653 / 012-9434100 / 013-6630573

4 ulasan:

adda berkata...

salam
saya ingin memohon pandangan dari pihak Tuan/Puan...

Jika penghawa dingin saya dipasang lebih kurang 50cm dr atas tingkap bilik tidur saya...kedudukan langsir saya perlu berada di mana?adakah saya perlu untuk menutup aircond saya atau sebaliknta

Unknown berkata...

Tips yg menarik & berguna. Tq ;)

Ummu Amaani berkata...

Jika disertakan dgn foto bg menerangkan setiap info yg diberikan, akan lbh menarik dan mudah difahami. Wp demikian, terima kasih atas kongsian tips.

Ummu Amaani berkata...

Jika disertakan dgn foto bg menerangkan setiap info yg diberikan, akan lbh menarik dan mudah difahami. Wp demikian, terima kasih atas kongsian tips.